Tuesday 31 January 2012

MATLAMAT DAN HALATUJU PERMAS


Matlamat dan halatuju penubuhan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) ialah untuk muafakat bagi penyatuan semua ayahanda-ayahanda seluruh Malaysia tanpa mengira pertubuhan yang dianggotainya yang berlandaskan kepada perjuangan untuk memertabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta negara kita Malaysia yang tercinta ini serta berpegang kepada Al-Qur'an dan Assunnah. Penyatuan ayahanda-ayahanda ini adalah atas dasar permuafakatan yang menjadi teras penubuhan PERMAS. Penubuhan PERMAS juga bukanlah bertujuan untuk menyaingi pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada.

Ringkasan Halatuju PERMAS

1.   Mempertahankan dan mendaulatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta  Negara Malaysia yang tercinta ini.

2.   Menumpahkan taat setia kepada kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan-Sultan  
dan Raja-Raja Melayu.

3.   Bermuafakat untuk menyatukan semua ayahanda-ayahanda, orang-orang Melayu beragama Islam dan ahli-ahli jemaah seluruhnya.

4. Memertabatkan ayahanda-ayahanda sebagai Khalifah dan pemimpin yang dihormati serta disegani oleh masyarakat.

5.   Mewujudkan Badan Pemantau yang diberi pengiktirafan sebagai Badan Tertinggi iaitu Majlis Lembaga Penasihat (MAJLIS SYURA) sebagai penasihat.

6.   Mempertingkatkan kewibawaan dan kualiti ayahanda-ayahanda yang mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab.

7.   Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli jemaah serta seluruh umat Islam tanpa mengira apa fahaman politik yang dianuti oleh mereka.

8.   Berusaha menganjur dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial, serta mewujudkan tabung kebajikan bagi mengumpul dana untuk memperkukuhkan Majlis Ayahanda.

9.   Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk membantu ayahanda-ayahanda serta ahli-ahli jemaah dan juga masyarakat seluruhnya.

10.  Berusaha untuk memperolehi pengiktirafan daripada pihak berkuasa dan Raja-Raja Melayu.

11.  Bekerjasama dengan kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan           ( NGO's) dan individu-individu yang mempunyai matlamat dan halatuju yang sama.






1 comment:

  1. Adalah diharap dengan penyiaran Matlamat dan Halatuju PERMAS ini, maka semua ayahanda-ayahanda bolehlah membuat penelitian mengenainya. Serta ayahanda-ayahanda boleh membuat komen balas demi untuk penambahbaikan.

    ReplyDelete