Friday 21 September 2012



Gambar-Gambar Majlis Ramah Mesra dan Silaturrahim PERMAS Negeri Selangor







 























Tuesday 19 June 2012


Badan Perhubungan PERMAS Negeri Selangor telah pun berjaya mengadakan 
mesyuarat bagi memilih Ahli Jawatankuasa PERMAS Negeri Selangor untuk 
tempoh tiga tahun pada Hari Ahad 17 Jun 2012 Jam 9.30 malam.
bertempat di Pusat Aktiviti Majlis Bendahara,
Dibawah ini adalah gambar-gambar sebahagian daripada
ayahanda yang turut hadir dalam mesyuarat itu.




















Monday 11 June 2012


Gambar pada mesyuarat Majlis Kesyukuran dan Silaturrahim serta 
Penyampaian Watikah pada Ayahanda-Ayahanda pada 06-06-2012
di rumah Ayahanda Mohamad Bakar di Kg. Merbau Sempak








Saturday 2 June 2012

PERMAS MALAYSIA telah selesai mengadakan mesyuarat agung yang pertama pada 28 Mei 2012 yang lalu dengan memilih Ahli Majlis Tertinggi yang baru. Semoga PERMAS akan terus maju kehadapan untuk Agama, Bangsa Melayu da Tanah Air Malaysia yang tercinta ini.

Friday 3 February 2012


Gambar-gambar ini diambil pada majlis ramah mesra PERMAS pada 29-01-2012
bertempat di restoren rumpun selera, Bandar Baru Selayang























Tuesday 31 January 2012

MATLAMAT DAN HALATUJU PERMAS


Matlamat dan halatuju penubuhan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) ialah untuk muafakat bagi penyatuan semua ayahanda-ayahanda seluruh Malaysia tanpa mengira pertubuhan yang dianggotainya yang berlandaskan kepada perjuangan untuk memertabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta negara kita Malaysia yang tercinta ini serta berpegang kepada Al-Qur'an dan Assunnah. Penyatuan ayahanda-ayahanda ini adalah atas dasar permuafakatan yang menjadi teras penubuhan PERMAS. Penubuhan PERMAS juga bukanlah bertujuan untuk menyaingi pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada.

Ringkasan Halatuju PERMAS

1.   Mempertahankan dan mendaulatkan Agama Islam, Bangsa Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu serta  Negara Malaysia yang tercinta ini.

2.   Menumpahkan taat setia kepada kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan-Sultan  
dan Raja-Raja Melayu.

3.   Bermuafakat untuk menyatukan semua ayahanda-ayahanda, orang-orang Melayu beragama Islam dan ahli-ahli jemaah seluruhnya.

4. Memertabatkan ayahanda-ayahanda sebagai Khalifah dan pemimpin yang dihormati serta disegani oleh masyarakat.

5.   Mewujudkan Badan Pemantau yang diberi pengiktirafan sebagai Badan Tertinggi iaitu Majlis Lembaga Penasihat (MAJLIS SYURA) sebagai penasihat.

6.   Mempertingkatkan kewibawaan dan kualiti ayahanda-ayahanda yang mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab.

7.   Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli jemaah serta seluruh umat Islam tanpa mengira apa fahaman politik yang dianuti oleh mereka.

8.   Berusaha menganjur dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial, serta mewujudkan tabung kebajikan bagi mengumpul dana untuk memperkukuhkan Majlis Ayahanda.

9.   Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk membantu ayahanda-ayahanda serta ahli-ahli jemaah dan juga masyarakat seluruhnya.

10.  Berusaha untuk memperolehi pengiktirafan daripada pihak berkuasa dan Raja-Raja Melayu.

11.  Bekerjasama dengan kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan           ( NGO's) dan individu-individu yang mempunyai matlamat dan halatuju yang sama.






Monday 30 January 2012

Majlis Ramah Mesra Dan Taklimat




PERMAS SELANGOR  telah berjaya mengadakan majlis ramah mesra dan taklimat kepada ayahanda-ayahanda dalam Negeri Selangor khasnya ayahanda-ayahanda dalam Daerah Gombak pada 29-01-2012 bertempat di Rerstoren Rumpun Selera, Bandar baru Selayang pada jam 9.30 malam. Lebih dari 100 orang ayahanda ayahanda turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Pihak PERMAS Selangor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB. Dato' Seri Subahan Kamal ADUN Templer yang telah menyumbangkan jamuan makan malam pada majlis tersebut.